Monday, March 9, 2009

Wahai Kawan Islam ku...

Ini adalah suratan pertama saya dalam bahasa Melayu di dalam blog ini dan ianya datang dari hati nurani saya diatas perasaan saya yang sungguh kurang senang setelah menonton buletin utama TV3 yang menimbulkan bukan keraguan, tetapi persoalan tentang rakan Islam saya, bukannya di Sarawak dan Sabah, tetapi segelintir mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia.
Mengapakah saya sebagai Kristian tidak dibenarkan menggunakan perkataan Allah?
1. ADakah umat Islam amat mudah akan rasa keliru?
2. Mengapa anda keliru dengan amat mudah?
3. Tidakkah anda mengenal ajaran murni anda sendiri?
4. Bukankah ajaran anda amat lurus dan terang?
5. Adakan iman anda yang separuh dan tidak penuh itu yang membuatkan anda mudah keliru? 6. Adakah kekeliruan yang akan datang menyebabkan anda membuat keputusan untuk mem'patent' kan perkataan Allah?
7. Apakah anda mau mengkompromikan kedamaian yang kita rasai skarang agar orang lain tidak menggunakan perkataan Allah?
8. Kenapa Nik Aziz mempunyai pendapat yang berbeza?
9. Adakah ISA akan digunakan untuk menangkap orang yang degil seperti saya yang masih mahu menggunakan perkataan Allah di dalam doa seharian saya?
10. Apakah hukuman yang akan dikenakan terhadap saya kerna cinta saya terhadap Allah?
11. Bagaimanakah peraturan ini dapat menyelamatkan ekonomi Malaysia memandangkan penggunaan perkataan ini penting untuk anda?
12. Bagaimana pula rakyat miskin mendapat keuntungan daripada peraturan ini?
13. Adakah DBP merestui bahasa rojak dan menghalalkan God = Allah untuk non- Islam?
14. Bagaimana pula menteri pelajaran bersetuju sekiranya di dalam karangan, ia berbunyi begini.. Saya percaya kepada God. Kerana God lah yang mencipta saya... ???

Saya sunguh sedih sekali dan amat memandang rendah, lebih rendah dari binatang, terhadap mereka yang melakukan semua ini...

Allah sungguh Baik
Sungguh Baik bagiku
DitunjukkanNya Kasih setiaNya
Dia menyediakan yang ku perlukan
Menyatakan kebaikan Padaku...

No comments: